Friday, August 5, 2011

Isu Starbucks Tidak Halal

Assalamualaikum dan salam ramadhan. Di sini saya ingin bercerita pula tentang isu starbucks yang dikatakan vanilla,chocolate dan serbuk2 kopinya mempunyai enzyme khinzir iaitu bahan . Jika dilihat dari facebook saya, ada saya post tentang isu starbucks yg tidak halal akibat bahan E juga keknya yang dibubuh rum(sejenis arak). apabila saya lihat di page aduan mmg ada isu ini dan pengadu telah membuat aduan dalam tahun 2009/2007 ...saya tidak pasti(terlupa) .Akan tetapi hari ini telah diberitahu tentang kes ini di facebook juga melalui satu link (klik disini) dari Jakim sendiri yang telah menjawab tentang isu ini. Jakim telah menjelaskan isu ini dalam beberapa point.


"KENYATAAN MEDIA BERKENAAN ADUAN STARBUCK COFFEE
1. JAKIM melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak
pertanyaan dan aduan berhubung email yang menyatakan
“JAKIM telah mengesahkan restoran Starbuck Coffee adalah
haram kerana terdapat bahan yang direndam arak, untuk
pengesahan sila hubungi 03-8886400”. Kenyataan ini juga
telah disebarkan melalui laman sosial Facebok.

2. Adalah dimakumkan bahawa JAKIM tidak pernah
mengeluarkan apa-apa kenyataan sama ada melalui media
massa atau portal rasmi JAKIM yang mengatakan restoran
Starbuck Coffee adalah haram.

3. Restoran Starbuck Coffee telah mendapat Sijil Pengesahan
Halal dari JAKIM bermula dari 1 Ogos 2009 dan akan tamat
pada 31 Julai 2012. Justeru JAKIM menasihatkan pengguna
yang ingin ke restoran Starbuck Coffee maka perlu melihat Sijil
dan logo halal yang dipamerkan di restoran tersebut atau
merujuk www.halal.gov.my untuk pengesahan.
Sekian, terima kasih."

Melalui keterangan ini, Jakim telah mengesahkan bahawa Starbucks Coffee telah mendapat sijil dan logo halal bermula dari Ogos 2009 hingga 31 Julai 2012. Kepada sesiapa yang telah keliru dengan post share saya di facebook saya mnta maaf dan disini saya telah jelaskanya.

MENCARI YANG HALAL ADALAH WAJIB!!

Assalamualaikum ^__^

2 comments:

Ikan_Pari@@ said...

makan gula2 kopiko sudah le yop.

Muhammad Hafiz bin Mohamat said...

hahaha..lol...nk menjelaskan isu ni je..koz tersebar mengatakan bnda ni haram padahal jakim dh bg sijil halal

Post a Comment

Followers

Traffic Jammed!!!!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons