salam semua....ari ni aku nk cerita la sket sal perangai aku....yela..mana la taw kan kot2 ada awek nk kenal2 ngn aku..hahahhahaah..aku ni jenis suka cakap sorg2...bukan cakap sorg2 macam org gile..tapi cakap yg mmbuatkan aku sndiri berpikir....
baikla....cerita ini bermula baru sahaja tadi tatkala aku sedang menunggang motor ke rumah kakak aku lalu dalam perjalanan aku ternampak 4 org gadis sedang berjalan.4 org gadis ayu yg memakai baju t-shirt labuh lengan panjang berseluar panjang dan bertudung labuh . mata aku terpandang kearah seorang dari mereka, seorang gadis yg ayu ,manis dengan senyumannya.mmbuatkan aku leka melihat beliau senyum sedangkan aku sedang manunggang motorsikal...lalu sepanjang perjalanan aku ke rumah kakak aku, aku berfikir...layakkah aku seorang manusia, seorang hamba Allahn yg lemah, seorang LELAKI biasa yg bisa ,tegar melakukan dosa .seorang lelaki yg tidak seberapa kuat imannya.sorang lelaki yg tidak tinggi ilmu agamanya.seorang lelaki yg sedang mengubah nasibnya..layakkah aku keatas gadis yg mmpunyai senyuman yg sungguh manis itu..kata tuhan..."isteri yg baik adalah untuk lelaki yg baik"...ya ..aku berpengang kepada kata2 ini..aku percaya bahawa isteri yg baik adalah untuk lelaki yg baik...akan tetapi...mampukah aku menjadi baik sebaik2 manusia supaya taraf aku sama ataupun lebih baik dari gadis itu supaya aku bisa mendapatkannya untuk mengisi ruang hati aku yg kosong.untuk mengisi sisa2 hidup aku yg aku sendiri tidak tahu bilakah ajal aku....Ya...aku berumur 20 tahun...tetapi adakah dengan umur kita boleh menilai bila ajal kita...tidak sama sekali...secara jujurnya aku mengatakan bahawa aku belum lagi sedia untuk menemui ajal mahupun mengetahui bila ajal aku...bukanlah aku tidak puas dengan hidup ini..tetapi ada banyak lagi yg aku perlu lakukan untuk menunjukkan yg aku adalah umat islam.umat akhir zaman.umat nabi Muhammad S.A.W.......ya...siapakah aku untuk bergerak sendiri untuk mengubah hidup aku...aku bukanlah jenis yg boleh bergerak sendirian..aku perlukan teman.....mmg betul aku bersolat hajat..bersolat sunat taubat...taubat..taubat....tapi...aku sendiri xtahu..apakah taubat aku diterima...apakah dosa2 lampau aku mahupun dosa yg baru sahaja aku lakukan diampunkan oleh tuhan...aku tidak tahu...mmg aku tidak tahu sama sekali....sehingga penglihatan aku kabur diatas motorsikal disebabkan aku xsedar air mata aku bergelinangan...apa yg aku inginkan...adalah syurga...syurga dimana satu DESTINASI yg kekal...hidup dibumi yg fana ini tidaklah kekal...ya..mmg tidak kekal..tapi adakah itu bermakna kita perlu mengabaikan tanggungjawab kita sebagai manusia yg bergelar MUSLIM...semua ini aku berfikir dari aku berjumpa dengan gadis manis tadi sehingga enjin motorsikal aku berhenti di hadapan rumah kakak aku.....selalu sahaja aku sebelum tidur ,aku berfikir...apakah yg sudah aku lakukan selama ini...adakah aku meminta tolong sama tuhan ketika aku berada dalam kesusahan sahaja..adakah aku mengabaikan tanggungjawab aku sebagai muslim..lalu aku berfikir kembali...dengan keadaan aku ini...adakah aku layak untuk menerima gadis solehah seperti itu.....siapa yg xnkkan gadis macam tu....aku yakin...kaki botol pun..klu diletakkan gadis yg seksi dan seorang lagi gadis yg pakai jubah dan tudung labuh..ayu....nescaya org tu akan memilih gadis ayu itu....itu la impian aku..beristerikan wanita solehah ....akan tetapi..jodoh pertemuan ditangan tuhan..apa sahaja jodoh aku terima...cuma..aku berfikir...sekali lagi aku katakan..LAYAKkah aku untuk mendapat gadis seperti itu.....hanya ada dua sahaja pilihan...
1) tuhan tidak akan jodohkan aku dengan gadis seperti itu kerana keadaan diriku tidak layak untuk gadis seperti itu.
2) tuhan perkenankan impian aku dengan menjodohkan aku dengan gadis solehah yang manis itu atas dasar gadis itu boleh menolong aku meniti liku2 kehidupan dalam perjalanan untuk aku mengubah hidup aku kearah-NYA.....
jika aku dapat pilihan kedua itu..maka aku amatlah bersyukur dan aku xkn menyesal kerana aku sedang meniti hari2 ku untuk sampai ke DESTINASI aku.....SYURGA.......
DUNIA hanyalah tempat kita mengumpul tiket kita untuk ke DESTINASI
KUBUR adalah tempat pentas soal jawab kita tentang kehidupan kita...tentang siapakah tuhan kita dan lain2.
PADANG MAHSYAR adalah tempat kita semua dihisab..itulah hari penentuan..
NERAKA hanyalah balasan atas segala dosa2 yg kita sudah lakukan.....dan.......
SYURGA adalah DESTINASI kita semua...mari sama2 kita mencari jalan yg benar menuju DESTINASI kita.......amin!!!
so guys...ini la yg aku dok bebel atas motor...bergenang air mata aku pk sume ni.....dak gurl tu mmg ayu..manis...bile die senyum..YA ALLAH.....tuhan je la taw perasaan aku...huhuhuh....tapi itulah..persoalan untuk diri aku...LAYAKKAH AKU KEATAS GADIS SEPERTI TU???
wallahualam...sampi sini sahaja...jmpa len kali...
ASSALAMUALAIKUM.....
How to Making BBQ Beef Ribs
4 years ago
2 comments:
ak baca post ni sambil dgar lagu maher zain-open your eyes. rasa lain macam dowh. haha. btw, nice post! ak doakan yg terbaik utk ko insyaAllah..
hahahahahaha...mantap tol shiela
Post a Comment